Tuesday, December 7, 2010

akhirnya jumpa juga blogku ini!

sedang aku membelek-belek blog kawanku, noly, tiba-tiba mata ternampak salah seorang kawan dalam blog dia ialah 'kak nad'. Hmmm, aku ke tu. musykil jugak sebab noly hanya panggil aku nad (kerana saya yang meminta dia buat macam tu, perasan muda). memang pernah daftar kat sini, tapi saya sendiri terlupa nama blog, blog jenis ape..lepas tu terus abaikan..lepas tu bila klik, eh eh, memang blok aku!! gumbira gumbira! padahal boleh je buat yang baru..thanks noly :) kerajinanmu sgt berguna utk diriku yg suka mengabaikan hal-hal macam ni.

ok, dulu waktu sekolah, matrikulasi dan universiti, aku memang suka menulis diari. tapi diari tu untuk tatapan sendiri. biasanya aku menulis pasal pengalaman2 baru, luahan hati dan perasaan (selalu rindukan keluarga bila berjauhan), menulis pasal kisah2 cinta, matlamat-matlamat saya. macam-macamlah. diari tu entah ke mana hilangnya.

menulis dalam blog. rasa lain sikit. takut tertulis melebih2. kerana saya menulis dalam dunia tanpa sempadan. hehe walaupun blog ku ini tidaklah popular.

apa-apapun, mungkin ada gunanya blog ini. sekarang saya masih belum nampak kegunaannya untuk saya, sebab saya selesa menulis dalam diari 'old school'. menulis dalam buku, di atas kertas. lebih peribadi.

No comments:

Post a Comment